Monday, 12 December 2011

LANGKAH PENYEDIAAN MEDIUM SEMAIAN

Langkah Penyediaan Medium Semaian

CARA PENJAGAAN TANAMAN HIASAN

1. Penyiraman pokok di tanah
  • Kekerapan menyiram bergantung pada keperluan pokok.
  • Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.
  • Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.
  • Umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan menyiram pada waktu tengahari.
2. Pemangkasan pokok di tanah
  • Pemangkasan memberi tekanan pada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik.
  • Tujuan pemangkasan- untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
  • Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu.
  • Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni.
  • Gunakan peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam . Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.
3.Pembajaan pokok di tanah
  • Baja penting untuk tumbesaran pokok tetapi pembajaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan mati.
  • Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.
  • Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.
4. Penjagaan pokok dalam pasu (pemasuan semula)
Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu jadi terhad. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur, pemasuan semula perlu dilakukan.

JENIS-JENIS TUMBUHAN

Ada pelbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan
Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Pokok Naungan - Pokok Naungan ditanam untuk memberikan teduhan suatu tempat. Contohnya Pokok Tembusu, Beringin, dan Angsana
Pokok memanjat / menjalar - Contohnya Pokok Bunga Kembang Pagi dan Pokok Bunga Ros Jepun.

Pokok bunga penutup bumi - Contohnya rumput, Arachis spp
Pokok kaktus - Contohnya Espestoa Lanata dan Cereus Peruvianus

Pokok renek - Pokok renek banyak mempunyai batang dan cabang. ContohnyaPokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Ixora.
Pokok bunga semusim - Tanaman hiasan ini berbunga sekali sahaja. Contohnya Pokok Bunga Balong Ayam, Pokok Bunga Keembung, Pokok Bunga Matahari, Pokok Bunga Butang, dan Pokok Bunga Zinnia.
Pokok palma - Contohnya Pokok Pinang Raja, Pokok Kelapa Gading dan Pokok Pingang Manila.
















PENGENALAN

Tanaman hiasan sememangnya bertujuan untuk memperindah landskap kita. Biasanya pokok hiasan berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, sama ada secara berpasu atau terus ke tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.